Diskusi dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Anis Malik Toha,
seorang cendiakawan berasal dari Indonesia mendalami fahaman ini. Beliau merupakan pensyarah kanan dan merupakan Pengarah IIUM Press, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Diskusi dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak, Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan.
Pengenalan
Fahaman pluralisme merupakan satu fahaman asing yang cuba diterapkan dalam masyarakat Islam khususnya. Fahaman ini merupakan salah satu daripada rangkaian penyakit yang menyerang pemikian umat Islam dengan halus. Iaitu, fahaman ini menganggap bahawa semua agama adalah sama dari segi kebenarannya. Pluralisme menganggap bahawa agama adalah punca kepada konflik. Sehinggakan, tidak ada agama yang berhak diiktiraf sebagai satu-satunya benar serta agama adalah sumber kepada konflik dalam kehidupan.
Sebagaimana contoh ungkapan-ungkapan pemuka kaum pluralis, disebut oleh Dr. Adian Husaini dalam buku beliau Wajah Peradaban Barat:
Other religions are equally valid ways to the same truth (John Hick)
Other religions speak of different but equally valid truths (John B. Cobb Jr)
Each religion expresses an important part of the truth (Raimundo Panikkar)
The One in many (Syed Hossein Nasr)
Fahaman ini berpandangan bahawa tidak kira agama apa yang dianut, tetap menghadap kepada tuhan yang sama. Oleh yang demikian, umat Islam berfahaman seperti ini menganggap bahawa tidak ada bezanya Islam dengan agama yang lain. Fahaman ini merupakan salah satu daripada tiga rangkai ‘penyakit’ pemikiran, yang dinamakan di negara Indonesia sebagai SEPILIS (sekular-pluralisme-liberalisme)
Asal Usul Pluralisme
Dr. Anis telah mengulas bahaya fahaman pluralisme dengan dalam dan jelas. Beliau memulakan perbincangan dengan mengimbau asal-usul fahaman pluralisme dalam dunia moden. Fahaman pluralisme telah muncul dalam suasana laungan ideologi demokrasi negara Amerika Syarikat dan Perancis. Didapati, terdapat keselarian pandangan antara fahaman ini di kedua-dua buah negara.
Benjamin Franklin, pengasas Amerika moden, membawa gagasan dalam masyarakat majmuk pasti akan wujud fahaman keagamaan yang merangkul kesemua agama lain. Kefahaman ini menghasilkan konsep civil religion ataupun agama awam. Manakala seorang ahli falsafah zaman Revolusi Perancis, Rosseau telah berpandangan hampir-hampir serupa, iaitu menggagaskan konsep social contract.
Walaubagaimanapun, konsep pluralisme agama lambat muncul di wilayah Asia Tenggara. Negara imperialis cuba mengembangkan penjajahan dalam bentuk moden. Dalam memperkenalkan ideologi demokrasi kepada masyarakat Timur, negara-negara terjajah mengadaptasi (menyesuaikan) sistem politik dan sosial berangkakan kepada sistem-sistem Barat. Oleh yang demikian, idea keserataan (equality) menyerap masuk ke dalam pemikiran masyarakat.
Pluralisme Cerminan Mentaliti Terjajah
Ramai yang kurang cermat berandaian bahawa apa-apa sahaja daripada Barat ditelan begitu sahaja tanpa tapisan. Sebagai contoh menggambarkan betapa parah barah pluralisme ini ialah respon negatif yang dilemparkan kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang memutuskan bahawa fahaman pluralisme haram dianuti. Respon adalah dengan sikap simplistik dan emosional, sehinggakan timbul cemuhan ‘tolol’ terhadap para ulama. Lebih menyedihkan ialah, terdapat pertubuhan agama yang telah terpengaruh akan ideologi ini, sehinggakan mengisytiharkan akan memperjuangkan ideologi ini bersungguh-sungguh.
Perkara ini ada benarnya. Seperti yang diutarakan oleh seorang ulama sejarah tersohor Islam, ibnu Khaldun dalam Kitab Mukaddimah beliau:
“Pihak yang terjajah teringin kuat sekali untuk menuruti perkara yang dilakukan oleh pihak penjajah.”Terbukti bahawa pada suatu masa dahulu, ketika tamadun Islam berada di kemuncak keilmuan, kepimpinan, wilayah dan akhlak, orang Barat yang berada dalam Zaman Gelap cenderung untuk menuntut ilmu di pusat-pusat keilmuan Islam. Ini kerana mereka memahami bahawa umat Islam tidak akan mampu ditundukkan melainkan dengan menyerang pemikiran mereka. Daripada titik mula inilah lahirnya orientalisme, iaitu gerakan terancang untuk mengkaji Islam & Timur dalam rangka menguasai mereka pada masa-masa hadapan.
Tulisan berkenaan pluralisme oleh Dr. Anis Malik Toha:
1. Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama (MUAFAKAT)
2. Pluralisme agama: Fahaman bahaya sedang mengancam umat Islam (web Ummatan Wasatan)
3. Pluralisme Agama
4. DR. Anis Malik Thoha:”INILAH AGAMA BARU”
5. Pluralisme, Klaim Kebenaran yang Berbahaya
Tiada ulasan
Catat Ulasan