Dalam meneruskan agenda dakwah, ABIM Negeri Sarawak mewujudkan sebuah pusat pendidikan al-Quran, tahfiz, bahasa Arab dan pengajian agama yang bergelar Pusat Intelek Muslim (PIM). PIM akan beroperasi pada Julai 2010 nanti.
Sebagai tanda kesyukuran PIM dibuka, ABIM Negeri Sarawak menjemput ahli-ahli WADAH-ABIM-PERKEPIS ke usrah gabungan keluarga besar gerakan ini di pusat tersebut. Sekali gus, gotong-royong membersihkan pusat tersebut akan diadakan. Majlis tersebut diadakan seperti yang berikut:
Tarikh : 26 Julai 2010, Sabtu
Tempat : Pusat Intelek Muslim,
S/L/11, Tingkat 2,
Area S3B , LOT847,
BLK.9,Salak Land District,
Bandar Baru Samariang,
93050,Kuching,Sarawak.
(Atas Restoran Gedong Ria, sila rujuk peta)
Masa : 9.00 pagi
Diharapkan agar Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan/Saudara/Saudari sudi melapangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Kehadiran pihak tuan memberikan semangat padu kepada penerus generasi dalam terus memastikan agenda dakwah di Sarawak ini berkekalan.
"Menegak Kebenaran dan Keadilan"
Tiada ulasan
Catat Ulasan