Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak. Kunjungan telah dibuat pada 18 Julai 2010 yang lepas bertempat di Dewan Allahyarham Ustaz Awang Pon, Taski ABIM Sri Wangi, Kuching.
Rombongan SPRM telah menyampaikan taklimat oleh Ketua Penolong Pengarah SPRM Negeri Sarawak, En. Matnor bin Ali dan En. Mohd. Zaini, Ketua Unit Pendidikan SPRM Negeri Sarawak. Manakala peserta yang terlibat dalam taklimat tersebut terdiri daripada pimpinan dan ahli WADAH/Yayasan Madani, ABIM Negeri Sarawak dan PERKEPIS.
Taklimat tersebut bertujuan untuk memberikan kefahaman dan sedikit sebanyak tentang perlunya berwaspada terhadap gejala rasuah yang merosakkan. Dalam taklimat ini juga, diterangkan jenis-jenis rasuah dan perkara-perkara yang berkaitan. Para peserta berpeluang untuk bertanyakan soalan-soalan yang berlaku dalam kehidupan seharian, yang perlu diberi perhatian, kerana ada kemungkinan berunsurkan rasuah.
ABIM Negeri Sarawak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rombongan SPRM atas kesudian SPRM meluangkan masa berkongsi ilmu yang diberikan. Semoga pertemuan ini merupakan pertemuan yang membuahkan pertemuan-pertemuan bermanfaat pada masa-masa yang akan datang.
"Menegak Keadilan dan Kebenaran"
Laman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh dilayari di sini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan