Syukur kepada Allah, Perkampungan Generasi Khalifah 2010 (PGK’10) anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah telah diadakan dengan jayanya pada 10 sehingga 12 Ramadhan 1431 / 20 sehingga 22 Ogos 2010 yang lepas. Bertempat di Madrasah al-Falah Islamiyyah Kpg. Pulo Ulu, Kuching, seramai 35 orang peserta daripada beberapa institut pengajian tinggi (IPT) di Kuching-Samarahan. Antara IPT yang terlibat ialah UNIMAS, UiTM kampus Samarahan, ICATS, UNITAR, Twintech, IKMAS dan juga SMK Petra Jaya.
Atas keprihatinan dan kesedaran akan pentingnya pembinaan generasi-generasi penerus rantaian dakwah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak turut menyumbang tenaga dan fikiran dalam program ini. Bahkan, barisan pimpinan ABIM Negeri Sarawak kini merupakan hasil tarbiyah (pendidikan) daripada madrasah PERKEPIS sejak zaman sekolah menengah lagi. Aktivis-aktivis ABIM Negeri Sarawak berkongsi ilmu, pengalaman, rasa bimbang akan masalah umat serta mengenai kepentingan berperananan di kancah masyarakat.
Timbalan Yang Di-Pertua ABIM, En. Wan Azizan Wan Zainal Abidin (Akauntan Biro ANGKASA) menyampaikan tazkirah subuh “Akhlak Pejuang”
Mantan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak, Ustaz Zamri (Pengurus konsultan) menyampaikan Slot Ceramah 1: “Hamba dan Khalifah”
Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak, Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan (Pegawai JAKIM) menyampaikan slot ceramah 2:“Kepentingan Hidup Berjemaah”
Sesungguhnya perjalanan dakwah ditempuh amat jauh. Dengan keterbatasan umur kita ini, masa harus dimanfaatkan sepenuhnya, diisi dengan makna-makna. Apalah kesudahannya jika kita juga menurut kitaran hidup yang membosankan; hidup kita tiada makna kepada sesiapa dan kita pergi meninggalkan dunia dilupakan orang? Apakah jasa yang kita tabur untuk masyarakat? Adakah makna hidup ini ditaburkan untuk memenuhi keperluan material semata-mata? Ataupun adakah hidup ini menjadi ladang untuk kita menanam benih-benih amal, agar hasilnya kita akan tuai pada hari akhirat kelak?
Bersama para peserta... Ustaz Muhammed 'Afif bin Iskandar (atas) dan Dr. Aisah Munirah bt. Wahi (bawah)
Generasi muda para peserta khususnya, carilah makna dalam hidup anda. Hidup punya prinsip dan matlamat akan menjadikan perjalanan dibekal dengan keazaman yang tidak kunjung padam. Jatuh bangun adalah lumrah hidup. Sungguh, hidup ini kita dijadikan hamba yang menjalankan tugas khalifah; yang akan memakmurkan muka bumi Allah ini dengan amal soleh. Dengan sedikit amal yang kita persembahkan kepada-Nya pada suatu hari kelak. Hidup sekarang ini bagaikan mimpi. Jangan kita terperanjat tika kita terbangun dalam alam sebenar di kubur kelak. Bangkitlah, sedarlah, bangunlah sekarang. Rebutlah peluang ini dalam suasana keberkatan Ramadhan al-Mubarak!
Fikir-fikirkan...
“Menegak Kebenaran dan Keadilan”
Tiada ulasan
Catat Ulasan