Pada 16 dan 17 Oktober 2010 yang lalu,rombongan daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Pusat telah berkunjung ke Kuching. Mereka terdiri daripada pimpinan kanan PKPIM, iaitu sdr. Abu Qassim bin Nor Azmi, Setiausaha Agung; sdri. Nur Nur Syafafwati binti Mohd Saimi, Bendahari dan sdri. Syarifah Sumayyah, Naib Pengerusi Hal Ehwal Siswi (HEWI). Ziarah tersebut bertujuan mempertaut siratulrahim sesama kerangka keluarga gerakan ABM-PERKEPIS-ABIM-WADAH di Bumi Kenyalang, di samping mengadakan dialog persefahaman dalam gerakan dakwah di Sarawak.
Sepanjang ziarah tersebut, ahli-ahli rombongan bersama pimpinan badan kaderisasi ABIM Negeri Sarawak, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah dibawa untuk berkunjung kepada barisan pimpinan dan mantan-mantan ABIM Negeri Sarawak. Pertemuan-pertemuan yang dirancang bersama mereka diharapkan dapat memperdalam kefahaman akan senario dakwah di sini.
Hari Kedua, 16 Oktober 2010

Pertemuan bersama Ustaz Suhardi bin Edward di kediaman beliau. Beliau merupakan pengasas kepada Akademi Bestari Muda, badan kederisasi (pembina ahli) PERKEPIS. Beliau juga merupakan mantan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak dan kini merupakan pengurus syarikat beliau, Hori Hakimi Enterprise.
Rombongan telah dibawa ke Radio Konti RTM untuk mengisi slot ‘Apa Kata Orang Muda’ dalam siaran RTM-YADIM pada sebelah petangnya. Rombongan ditemukan dengan mantan Yang Di-Pertua PERKEPIS sesi 2007/2008, iaitu sdr. Abu Zar Zaifarudin bin Zaini.
Pertemuan bersama Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan, kini merupakan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak merangkap pegawai Ketua Pembangunan Sakhsiah di Pusat Latihan Sarawak, JAKIM. Beliau pernah ditaklifkan sebagai Timbalan Yang Di-Pertua PERKEPIS pada sesi 2006-2008.
Kunjungan pada hari ketiga, rombongan PKPIM-PERKEPIS ialah di kediaman Ustaz Zamri Mohamad, mantan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak. Beliau merupakan pengurus konsultan Hamza Resources.
Kunjungan terakhir rombongan ialah pertemuan dengan Ketua Biro Penerbitan ABIM Negeri Sarawak merangkap mantan exco PKPIM Pusat dan Timbalan Yang Di-Pertua PERKEPIS, sdr. Muhammed ‘Afif bin Iskandar dan isteri, Nuraniza bt. Sulaiman, Bendahari PERKEPIS sesi 2010-2011. Mereka baru sahaja dikurniakan seorang putera yang comel, bernama Ahmed Ato’illah bin Muhammed ‘Afif. Tahniah buat pasangan. Semoga anak mereka kelak menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tuanya dan agamanya... ameen.
ABIM Negeri Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih dan berbesar hati atas atas kunjungan kalian. Semoga kunjungan tersebut diberkati-Nya, mencapai objektif serta memperdalam kefahaman mengenai senario dakwah di Bumi Sarawak. Semoga pertemuan mempererat siratulrahim yang sedia terjalin. Sesungguhnya dalam gerakan dakwah ini memerlukan faktor saling memahami antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi keluarga besar jemaah gerakan PKPIM-ABIM-WADAH yang telah lama memacu momentum menebarkan Islam di tanah air ini. Perjalanan menempuh jalan kepada-Nya masih terlalu jauh. Sesaudara jemaah inilah tempat saling bahu-membahu, bersandar antara satu sama lain mendepani cabaran semasa.
Menegakkan Keadilan dan Kebenaran
Tiada ulasan
Catat Ulasan