Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Taski ABIM Kuching / Samarahan ke-21 pada 6 November 2010 yang lepas, Presiden ABIM, Ustaz Dr. Muhammad Razak bin Idris telah berpeluang bersemuka dengan barisan pimpinan ABIM dan Yayasan Madani & WADAH Negeri Sarawak. Beberapa pertemuan telah diadakan untuk membincangkan agenda dakwah di negara ini amnya dan di Sarawak khususnya.

Antara pertemuan yang dirancang adalah bersua dengan Tn. Hj. Raslie, Pengerusi Majlis Syura ABIM Negeri Sarawak, En. Razali bin Roseli, exco Yayasan Madani & WADAH serta Ustaz Suhardi, mantan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak.



Semoga pertemuan tersebut membuahkan persefahaman dan cetusan kuat yang mendorongkan kepada peningkatan kualiti dakwah sejagat, lebih-lebih lagi peranan yang dimainkan oleh ABIM secara keseluruhannya.
ABIM Negeri Sarawak ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden ABIM atas kunjungan, sokongan dan kesudian beliau menerima undangan. Semoga persaudaraan ini dapat dikekalkan malah dipertahankan dari semasa ke semasa.
“Menegakkan Kebenaran dan Keadilan”
Tiada ulasan
Catat Ulasan