
Alhamdulillah kalam pujian syukur kepada Allah. Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, atas keluarga baginda, para sahabat dan orang-orang yang ikhlas mengikuti jejak langkahnya yang mulia sehingga akhir zaman.
Syukur, dengan izin-Nya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah menjayakan siri pertama program pemantapan bacaan al-Quran, iaitu program Tahsin al-Quran. Program telah diadakan di Pusat Intelek Muslim ABIM di Bandar Baru Samariang pada 19 Disember 2010 yang lepas. Tenaga pengajar kelas tersebut ialah Ustaz Hisham Sulhi, exco ABIM.
Program telah dihadiri oleh sebelas orang, termasuk pimpinan ABIM Negeri Sarawak. Antara yang terlibat ialah ahli masyarakat daripada kawasan tersebut. Syukur, sebagai langkah permulaan memulakan momentum dakwah di kawasan berkenaan, program tersebut walaupun sedikit. Bukanlah jumlah kehadiran peserta menjadi penentu keberkesanan program, akan tetapi adalah kesannya dalam kehidupan seharian. Program telah diadakan secara percuma dan jamuan telah disediakan.

Respon program tersebut amat baik, dengan adanya interaksi yang rapat antara pengajar dan kesungguhan daripada peserta. Program ini dapat diteruskan, memandangkan betapa pentingnya akan pembacaan dan penghayatan al-Quran dalam masyarakat. ABIM Negeri Sarawak menawarkan sekelumit khidmat dalam berbakti kepada umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.... ameen...
Menegakkan Kebenaran dan Keadilan
NOTA: Insya-Allah program Tahsin al-Quran ke-2 akan diadakan pada 16 Januari 2011
Tiada ulasan
Catat Ulasan