SKR 4(1): Kpg. Sinar Budi Baru, Bt. Kawa


Tirai Semurni Kasih Ramadhan 4(SKR 4) telah pun dibuka dengan tibanya rombongan ABIM di Kpg. Sinar Budi Baru, Batu Kawa, Kuching pada 9 Ramadhan 1432H / 9 Ogos 2011, Selasa yang lepas. Seramai 20 keluarga telah menerima sumbangan program di kalangan penduduk kampung.


Majlis yang serba ringkas tetapi penuh dengan kesederhanaan. Pihak rombongan ABIM telah dibantu oleh ahli jawatankuasa Masjid Darus Sakinah bagi mengenalpasti keluarga yang layak menerima bantuan.

Suasana begitu mengharukan. Mungkin selama ini kita merasa diri kita dalam keadaan serba kekurangan dan kesusahan. Akan tetapi hakikatnya lebih ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti kita. Inilah hikmah Islam menganjurkan ibadat berpuasa, semua insan termasuk kaya dan sebaliknya merasai apakah yang golongan ini merasakan peritnya lapar dan dahaga. Lebih-lebih lagi, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah menunjukkan contoh terbaik sepanjang zaman yang merupakan manusia yang paling pemurah yang pernah hadir di muka bumi.


Sehingga kini, alhamdulillah sambutan Semurni Kasih Ramadhan 4 daripada ibu bapa, penjaga dan ahli masyarakat amat memberangsangkan. Sumbangan dalam bentuk beras, gula, biskut, minyak dan keperluan asasi meningkat daripada tahun yang lepas. Sumbangan ini tidak putus-putus pihak kami terima setiap hari. Ini menunjukkan meningkatnya keprihatinan di kalangan masyarakat untuk meringankan bebanan orang lain. Penerima sumbangan SKR 4 adalah:

1. Adik Nur Qasdina bt. Samsudin
2. Adik Syafiqah bt. Madawood
3. Adik Syed Anas bin Wan Ahmad
4. Adik Syed Ismira bin Wan Zen
5. Adik Afika bt. Daim


Mohon doanya kepada para pembaca, agar dilancarkan program ini di bawah lembayung rahmat-Nya... ameen.

"Memacu Wawasan Khayra Ummah"
TAG