Program Semurni Kasih Ramadhan 4 beranjak kepada hari kedua. Julung kali program ini, pelajar sekolah tersenarai sebagai penerima sumbangan. Dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), lima pelajar SK Samariang Batu, Samariang, Kuching telah terpilih. Mereka merupakan pelajar yang berlatar belakangkan keluarga kurang berkemampuan, tetapi mempunyai potensi yang besar untuk lulus cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Cikgu Muhammad Sabli, guru besar sekolah telah melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan oleh pihak ABIM dan PERKEPIS dapat menjadi pembakar semangat untuk gigih berusaha, di samping meringankan bebanan keluarga. Antara sumbangan adalah beg, alat tulis, barangan asasi dapur seperti beras, gula, minyak masak, mi, susu, biskut dan sebagainya. Sumbangan telah disampaikan di bilik mesyuarat dalam keadaan yang serba sederhana.
Menurut Cikgu Siti, lebih 60 peratus pelajar sekolah tersebut adalah daripada keluarga yang miskin dan miskin tegar. Kebanyakan daripada mereka adalah daripada keluarga kawasan tersebut. Menurut beliau, terdapat juga pihak-pihak lain yang turut membantu meringankan bebanan keluarga-keluarga pelajar yang terpilih.
ABIM ingin mengucapkan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan. Semoga sedikit usaha ini akan menjuruska
"Memacu Wawasan Khayra Ummah"
Tiada ulasan
Catat Ulasan