IBADAH QURBAN 1432H


Angkatan Belia Islam Malaysia dengan kerjasama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Cawangan Sarawak, Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak dan Yayasan Madani, Kuching, Sarawak akan mengadakan Program Ibadah Qurban 1432H pada tahun ini. Program tersebut akan diadakan di Kampung Segubang, Bau pada 7 November 2011 bermula seawal pukul 8.00 pagi. Program akan diisi dengan acara penyembelihan, pengagihan daging qurban, ceramah agama dan jamuan bersama masyarakat.

Antara tujuan program ini diadakan di Kampung Segubang, Bau pada tahun ini ialah kerana kampung tersebut merupakan kampung saudara baru yang mempunyai 24 keluarga Bidayuh yang telah memeluk agama Islam. ABIM Sarawak bersama-sama rakan kerjasama merasa terpanggil untuk bersama-sama penduduk kampung tersebut bagi menyebarkan tentang hikmah ibadah qurban dengan harapan mereka tidak merasa terpinggir daripada acara-acara sebegini.

InshaAllah pada tahun ini dua ekor lembu akan disembelih di kampung tersebut yang mana seekor hasil belian dari jualan bahagian dengan harga RM550.00 sebahagian manakala seekor lagi hasil sumbangan seorang dermawan.

Mudah-mudahan dengan adanya program sebegini akan memberi kesan dan hidayah kepada masyarakat sekeliling yang lain dan Islam akan bertebaran ke seluruh kampung tersebut. Amiin...
TAG