
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak akan mengadakan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain sempena musim cuti persekolahan akhir tahun ini, Kelas diadakan pada hari Isnin hingga Khamis bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Antara mata pelajaran yang akan disediakan ialah pelajaran Al-Quran dan Tajwid, Hafazan, Sirah, Tauhid dan Akhlak. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan waktu cuti para pelajar agar diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah lebih-lebih lagi memantapkan lagi ilmu agama dalam diri di samping mengelakkan mereka menggunakan waktu cuti tersebut dengan perkara yang sia-sia yang boleh menyebabkan terjerumusnya mereka dalam masalah sosial ysng semakin menjadi-jadi mutakhir ini.
Program ini akan diadakan di setiap cawangan Taski ABIM di sekitar Kuching/Samarahan. Para pelajar yang dipelawa menyertai program ini ialah para pelajar yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun sahaja. Yuran yang dikenakan ialah RM 100.00 sahaja seorang.
Program ini akan bermula pada hari Isnin (28 November 2011) dan berakhir pada hari Jumaat (23 Disember 2011)
Tiada ulasan
Catat Ulasan