SELAMAT HARI RAYA 'IDUL ADHA 1432H


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'Idul Adha 1432H kepada seluruh umat Islam. Memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi menjadi kewajipan kita kerana diberi peluang sekali lagi untuk menyambut hari kebesaran Islam ini. Sesungguhnya Hari Raya 'Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban banyak mengandungi hikmah dan pengajaran yang harus dititikberatkan oleh setiap umat Islam sebagaimana pengorbanan Nabi Allah Ismail membenarkan bapanya Nabi Ibrahim a.s menyembelih baginda semata-mata menunaikan perintah Allah s.w.t. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil daripada peristiwa tersebut dan seperti yang kita nikmati hari ini, ibadah qurban menjadi satu ibadah yang menjadi rebutan dan idaman setiap Muslim untuk menunaikannya.

Justeru, bersama-samalah kita bermuhasabah dan berazam untuk meningkatkan segala amalan kita. Kepada yang berkemampuan, berkorban dan bersedekahlah untuk membantu saudara kita yang kurang berkemampuan, InsyaAllah segala rezeki yang kita perolehi akan diberkati oleh Allah s.w.t dan mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh.




TAG