MENABUNG UNTUK IBADAH QURBAN DAN AQIQAH 1433H/2012M




Ibadah Qurban dan Aqiqah hukumnya adalah Sunat Mua’aqqad di mana ia merupakan salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang berkemampuan. Setiap menjelang hari raya Qurban, umat Islam berlumba–lumba untuk melakukan ibadah Qurban dan tidak kurang juga mereka yang melakukan Aqiqah bagi merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Namun, tidak semua di antara kita yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah tersebut lantaran harga ternakan korban dan aqiqah yang semakin meningkat harganya sekarang ini.

Justeru itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dan Taski ABIM Kuching / Kota Samarahan mengambil inisiatif mengadakan Skim Menabung iaitu Skim Bayaran Ansuran selama 10 bulan mulai dari bulan Januari sehingga Oktober 2011. Skim ini dibuka kepada semua ahli-ahli ABIM, Staf-staf ABIM, Agensi-agensi ABIM serta ibu bapa anak-anak Taski/Tahfiz ABIM Negeri dan juga kepada masyarakat luar yang berminat. Skim ini memberi kemudahan kepada individu yang mempunyai pendapatan yang rendah tetapi mempunyai niat dan keinginan menunaikan ibadah Qurban. Bayaran bulanan sebanyak Rm55.00 sebulan tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan mengeluarkan RM550.00 sekali gus.

Program Ibadah Qurban tahun 1433H/2012M akan diadakan di tempat dan tarikh yang akan pihak kami maklumkan sebelum program.

Mudah-mudahan dengan adanya kemudahan menabung atau skim bayaran ansuran ini akan dapat merealisasikan hasrat mereka yang berhajat untuk melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai skim ini, bolehlah menghubungi Taski/Tahfiz ABIM yang berdekatan untuk mendapatkan borang dan untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha ABIM Negeri Sarawak, Sdr. Mahathir di talian 019-8557806.
TAG