TABUNG PEMBANGUNAN BELIA ISLAM




ABIM Sarawak mengalu-alukan kepada ahli-ahli, aktivis serta simpatisan dan dermawan-dermawan untuk menyumbang kepada ABIM Sarawak. Tujuan tabung ini diadakan ialah untuk mengadakan program-program yang mensasarkan belia-belia terutamanya. Di samping itu juga, kita mengadakan program-program kebajikan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan seperti bantuan pendidikan, bantuan ibu tunggal, bantuan penyakit-penyakit kronik daan bermacam-macam lagi.

Di sini, ABIM Sarawak menyeru agar sama-sama kita dapat menyumbang di dalam tabung ini sebagai infaq dan amal jariah, InshaAllah. Semoga dengan sumbangan-sumbangan yang diberikan akan dapat membantu manangani gejala-gejala sosial yang semakin berleluasa, mengurangkan kadar kemiskinan, memajukan taraf pendidikan dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung ini, sila hubungi Setiausaha ABIM Negeri Sarawak (Mahathir Fatimah) di talian 019-8557806.

"KE ARAH MEMPERKASA EKONOMI UMMAH"