ABIM Latih Dai'e Muda Di Bumi Kenyalang

Dai'e Muda
Pada 5 hb Februari, sebelah paginya ABIM sarawak telah menganjurkan majlis santai bersama penggerak SISMA ABIM Sarawak di pantai berdekatan dengan Gunung Santubung. Penggerak SISMA ini adalah sebahagian daripada petugas yang telah menjayakan program wacana anak muda dan malam cinta rasul hari sebelumnya. Majlis pada awalnya dimulakan dengan aktiviti ice breaking oleh wakil abim sarawak.Seterusnya Pengisian ilmu dan motivasi oleh wakil ABIM pusat oleh Ustaz Hasri Harun.
Dalam pertemuan hampir setengah hari tersebut , Ustaz Hasri telah mengingatkan ahli-ahli sisma supaya mengenal erti diri dan tanggungjawab sebagai insan dan khalifah Allah.Ustaz mengingatkan ahli siswa terus membantu ABIM sarawak melalui program-program dakwah yang berterusan dan berusaha meningkatkan kualiti diri supaya menjadi dae berjaya dimasa akan datang





TAG