SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Assalamu'alaikum w.b.t..
HELWA ABIM Sarawak dan Pusat Perunding dan Pengurusan Al-azim dengan kerjasama HELWA HIKMAH Sarawak dan juga PERKEPIS dengan rasa rendah diri ingin menjemput tuan/puan/saudara/saudari untuk hadir bersama ke program seminar ini. Pada 24 februari ini, hari jumaat bertempat di Dewan HIKMAH Kuching.
Antara objektif seminar ini diadakan adalah :-


i.Menangkis dan menjawab persoalan kekeliruan dalam perubatan Islam.
ii.Memperjelaskan kaitan rapat antara perubatan Islam dengan fenomena sains.
iii.Menolak amalan syirik dan khurafat dalam amalan perubatan dan kehidupan masyarakat.



Pengisian program ini juga akan disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmud yang merupakan seorang Pengamal Perubatan Islam. Tajuk yang akan dibentangkan adalah" Ilmu Perubatan Mengikut Perspektif A-Quran dan Sunnah". Masuk adalah percuma. Untuk pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi saudari Khadijah(0198491002) atau Norsuhaila(019-4511348).

Berikut adalah sedikit latarbelakang mengenai Ustaz Abdullah Mahmud:
•Bekas Pegawai Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT)
• Penceramah Motivasi TV3.
• Panel Rancangan Hidayah & Rancangan Al-Kuliyyah TV3.
• Panel “ Slot Alam Misteri” Pahang fm, RTM Pahang.
• Pengamal Perubatan Islam.
• Panel “ Slot Indahnya Duniaku” Mutiara fm, RTM Pulau Pinang.

- Sekian, terima Kasih Atas Perhatian Tuan/Puan/Saudara/Saudari -


TAG