Kampung Sungai Chabi, Jalan Matang


Asslamua'laikum buat sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Apabila kita bercakap tentang kemiskinan, pastinya akan terbayang raut wajah golongan ini yang memerlukan perhatian dan sumbangan kita. Namun, hendaklah kita sedari "menjadi miskin itu lebih susah" daripada kita yang melihat dan mengucapkan kata-kata kasihan terhadap mereka tanpa ada sebarang tindakan susulan daripada pihak kita. Ada antara kita sudah biasa tinggal di rumah-rumah mewah,. Menikmati
makanan lazat. Bahkan ada yang melihat "wang" hanya sekadar kertas biasa oleh kerana terlalu kaya. Mengapa tidak kita sumbangkan sedikit dari harta dan kesenangan yang kita ada kepada mereka yang mungkin sejak lahir lagi ditakdirkan hidup sebagai seorang yang susah.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” 

Bersedekah dalam islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati allah dengan dikurniakan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-nya. Allah juga akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. dalam surah al-lail, allah telah menyatakan tentang sifat kedekut dan ego di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah. bahkan seseorang yang tidak suka bersedekah adalah umpama seseorang yang mempunyai benih tanaman, tetapi tidak pula ia menanamnya. orang yang tidak suka bersedekah ini tidak akan dapat memungut atau menuai hasil rezekinya itu.

Justeru, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak bersama beberapa anggota Siswazah Muda ABIM (SISMA)  telah melawat ke satu perkampungan di Sungai Chabik, Jalan Matang (Belakang Sekolah Menengah Teknik Matang), Kuching, sarawak (lebih dikenali sebagai kampung Tungok) untuk melihat sendiri keadaan dan situasi penduduk di sana. Video yang dipaparkan diatas pernah disiarkan sekitar bulan ogos tahun lalu (2011). Namun, apa yang mengecewakan, sampai saat ini tiada bantuan yang dihulurkan kepada mereka daripada agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan.



Pak Cik Eman Bin Abdullah merupakan mualaf sejak tahun 2005 sekarang bermastautin di pondok usang di celah-celah bangunan dan kawasan perumahan iaitu di Sungai Chabik (Jalan Matang), belakang Sekolah Menengah Teknik Matang. Hidup sebatang kara, berpindah randah, tidak punya sesiapa, belum ada yang ringan tangan menghulurkan bantuan. Amat sedih melihat kehidupan yang serba dhaif ini, mengharapkan air hujan untuk mandi, minum dan sebagainya, bilik umpama stor di rumah kita. Ayuklah teman-teman, kami dari SISMA ABIM Sarawak mengajak agar kita sama-sama berganding bahu membantu saudara seagama kita ini. Bersegeralah merebut peluang berbuat amal ini, kita tidak tahu esok atau lusa kita ke sana, mesih atau tidak saudara kita ini di sana? Berumur 69 tahun, bayangkanlah, tidak punya kad pengenalan, dinafikan dari segala bantuan kerana tiada kad pengenalan. Ayuklah, usah menuding jari lagi, mari kita bantu. Ayuk teman2....


Pondok tempat mereka berteduh
ABIM dan SISMA bersama salah seorang penduduk

Bersama Pak Cik Eman



TAG