Projek Agropolitan Batang Lupar

Assalamua'laikum sidang pembaca sekalian. Pada 8-11 Julai yang lepas, pihak Koperasi Belia Islam (KBI) telahpun mengadakan satu kursus "Pembuatan Baja Organik" di Kampung Seduku Baru di daerah Sri Aman. Peserta terdiri daripada 36 orang penduduk kampung berkenaan. Pihak KBI telah menghantar dua orang jurulatih untuk memberi tunjukajar bagaimana membuat baja organik dari sisa buangan dengan kos yang rendah dan mudah buat.

Menurut En Kamal selaku jurulatih kursus ini, beliau mengatakan bahawa makanan yang kita ada pada masa ini amat berbahaya kepada kesihatan. Justeru, mengambil konsep "rahmatan lil A'lamin", pihak KBI dengan inisiatif ini telah berkerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah bagi memastikan konsep ini terlaksana.

Bagi pihak Angkatan Belia Islam pula, kami berpendapat bahawa ini merupakan salah satu inisiatif dakwah yang boleh dilaksanakan. Melalui projek ini, pihak ABIM boleh mendekati masyarakat secara halus dan menyuntik kesedaran beragama secara perlahan dengan susunan program keagamaan sebagai sampingan kursus ini. Pihak KBI dan ABIM akan memantau perkampungan ini selama 3 bulan dan beberapa orang wakil ABIM, SISMA dan PERKEPIS akan bergilir-gilir memantau hasil tanaman dan baja di kampung ini di samping memberi pengisian rohani kepada penduduk kampung.

Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan hasil yang besar dan di pandang Allah seterusnya berterusan usaha kita dalam usaha dakwah dan mencari makan yang HALAL lagi BAIK sesuai dengan Firman ALLAH :
        "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang HALAL lagi BAIK, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Surah al-Baqarah, ayat 168)





En. Kamal menunjukkan cara membuat "Kitchen Enzyme"

Pesrta menghancurkan bahan untuk membuat baja IMO

Peserta menghancurkan akar pokok untuk mendapatkan nitrogen

Peserta menghancurkan ikan untuk membuat baja FAA

En Azlan bersama peserta mengumpul bahan membuat baja kompos

Salah seorang peserta kurang upaya

Bahan kering untuk baja kompos

Bahan hijau baja kompos

Bahan baja IMO

Bahan baja IMO

Peralatan membuat baja

Peralatan membuat baja

Peralatan dan bahan membuat baja

Bahan baja IMO

TAG