8 - 15 Disember 2012:- ABIM Sarawak dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menganjurkan KEMBARA AMAL ABIM SARAWAK 2012 yang diadakan selama 7 hari 6 malam bermula pada 8 hingga 15 Disember 2012. Kembara Amal ABIM Sarawak yang diadakan buat kali kedua ini melibatkan 6 destinasi berbeza meliputi 5 daerah dalam Sarawak. Kampung Klassen (Sri Aman), Asrama Kementerian Pembangunan Sosial (Sarikei), Kampung Sungai Gemuan (Sarikei), Kampung Al-Falah (Mukah), Kampung Batu 10 (Bintulu) dan Kampung Kuala Baram (Miri) merupakan destinasi pilihan kali ini.
Objektif Kembara Amal ABIM Sarawak adalah untuk mendekati dan memahami masyarakat Islam pelbagai suku kaum dan budaya di kawasan luar Bandar di Sarawak. Mereka yang menyertai program kali ini datangnya dari Kuching dan Semenanjung Malaysia dan kebanyakkannya daripada mereka adalah murid sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan golongan professional. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Amidi Abdul Manan telah berkesempatan meluangkan masa dengan para peserta dengan memberi motivasi dan semangat pada malam sebelum hari perlepasan. Kehadiran Puan Fadhlina Sidek (Naib Presiden HELWA) turut menyuntik semangat peserta-peserta perempuan. Selain itu, Ustaz Emir Ridhwan Abdullah (Timbalan YDP ABIM Sarawak) turut berkongsi beberapa pendekatan untuk merapati mad’u.
Sepanjang kembara, peserta dijalinkan dengan keluarga angkat di setiap destinasi. Selain itu, peserta turut mengadakan program bersama masyarakat seperti sukaneka kanak-kanak, kenduri bersama masyarakat, ceramah kesihatan, program derma darah dan futsal bersama belia tempatan. Selain daripada mempelajari kebudayaan masyarakat di kawasan pendalaman, para peserta turut juga mempertontonkan persembahan qasidah dan akustik. Muhammad Zhariff, 16 tahun merupakan murid di Sekolah Menengah St. Joseph menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama dia berpeluang masuk ke kawasan pendalaman di Sarawak untuk melihat masyarakat.

“Saya teringat akan kata-kata Sayyidina Umar R.A iaitu alangkah buruknya pemimpin yang duduk di singgahsana dan makan makanan yang sedap sedangkan masih ada lagi rakyatnya dalam kemiskinan”, tambahnya lagi. Kembara Amal ABIM Sarawak 2012 berkahir di Kampung Muhibbah, Miri. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Mohamad bin Mohd Zin. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa gembira melihat anak muda yang sudah terdedah dengan program seperti yang dianjurkan oleh ABIM Sarawak. Selain itu, beliau berharap agar ABIM dapat menganjurkan program kembara amal di semenanjung pula yang turut melibatkan peserta dari Sabah dan Sarawak.
Tiada ulasan
Catat Ulasan