Iftar Jama'ie ABIM

Pada 20 Julai 2013 bersamaan dengan hari sabtu yang lepas, ABIM Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Iftar Jama'ie  di Taski Abim Samariang B. Antara objektif Iftar Jama'ie ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah di antara warga WADAH - ABIM - PERKEPIS.  Antara yang turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Yang Di Pertua ABIM Negeri Sarawak sesi 2013-2014, Ustaz Suharman Bin Edward serta barisan pimpinan yang lain, warga WADAH,  kakitangan Taski ABIM cawangan Kuching, ahli Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak ( PERKEPIS ) dan sukarelawan dakwah ABIM. 

Sekitar Majlis Iftar Jama'ie ABIM.


 











 Daripada Abdullah ‘Amru bin al-‘As R.huma katanya, 
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda secara terang-terangan bukan rahsia, “Sesungguhnya kaum keluarga abi fulan (keluarga Abu Talib atau Abu al-‘As bin Umayyah) tidak menjadi kekasih ku, tetapi yang menjadi kekasih ku ialah Allah dan orang-orang mukmin yang soleh. Walau bagaimanapun bagi mereka ada hubungan silaturahim nescaya aku akan menyirami dengan airnya (aku menghubungkan silaturahim)”.

 -Riwayat: Bukhari dan Muslim, lafaz bagi Bukhari-















TAG