Kembara Amal Ramadhan pada tahun ini bertemakan "berjalan, melihat dan mentafsir " anjuran Parlimen P200 Batang Sadong, Hal Ehwal Wanita ( HELWA ) ABIMNS dan Skuad Al-Rahmah dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita dan PERKEPIS telah dilaksanakan pada 27-29 Julai 2013 di 3 buah kampung terpilih iaitu Kampung Isu Sadia, Simunjan, Kampung Gedong dan Kampung Bawang, Padawan.
Antara Objektif program ini adalah :
- Mendekati dan memahami masyarakat Islam pelbagai suku kaum dan budaya di
kawasan luar bandar di Sarawak.
- Memberi pendedahan gaya hidup sihat
kepada masyarakat luar bandar
- Memberi pendedahan kepentingan
pendidikan kepada masyarakat luar bandar.
- Membina imej yang
positif kepada peserta melalui
pelaksanaan aktiviti khidmat komuniti
dan sosial ke arah
melakukan perubahan secara berhikmah.
Konsep / Pendekatan Kembara
- Berbentuk kumpulan kembara ke
kawasan- kawasan terpilih yang mana masyarakatnya mewakili satu-satu suku kaum di Sarawak.
- Berinteraksi dengan masyarakat
setempat untuk memahami sosio-budaya
dan sosio- ekonomi mereka.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti
komuniti berteraskan pendidikan, pemuafakatan dan gaya hidup sihat mengikut kesesuaian tempat dan masyarakat.
Memupuk semangat kesukarelaan dan
pemuafakatan di kalangan peserta.
SEKITAR PROGRAM KEMBARA AMAL RAMADHAN 2013
KAMPUNG ISU SADIA SIMUNJAN. (27 Julai 2013 )
Seramai 73 buah keluarga menerima sumbangan berbentuk sekampit beras, satu set keperluan harian dan sumbangan berbentuk wang tunai, Rm100 setiap keluarga.
 |
Ketibaan Skuad KAR2013 di Lokasi |
 |
Briefing bersama Unit Saudara kita |
 |
Majlis Penyerahan Sumbangan |
 |
Majlis Penyerahan Sumbangan |
 |
Majlis Penyerahan Sumbangan |

KAMPUNG GEDONG. ( 28 Julai 2013 )
Sebanyak 75 buah keluarga menerima sumbangan berbentuk sekampit beras, satu set keperluan harian, dan sumbangan berbentuk wang tunai, RM100 setiap keluarga. Selain itu, Kuching Specialist Hospital telah menyumbangkan 2 buah kerusi roda kepada 2 orang penduduk kampung yang kurang berupaya. Pihak kami juga turut menerima sumbangan 100 kampit beras dari BERNAS untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.
 |
Briefing Sebelum program bermula |
 |
Klinik Amal |
 |
Ketibaan Skuad KAR2013 di Masjid Gedong |
 |
Simbolik Penyerahan sumbangan kepada wakil setiap surau & masjid |
 |
Gambar kenang-kenangan bersama penerima dan peserta program |
 |
Gambar kenang-kenangan bersama penerima dan peserta program |
 |
Majlis Perasmian Kembara Amal Ramadhan 2013 |
 |
Ucapan daripada YB Hajah Nancy Shukri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ahli P200 batang Sadong |
 |
Penyerahan sumbangan kepada penerima |
 |
Gambar kenang-kenangan Skuad KAR2013 bersama YB Hajah Nancy Shukri |
KAMPUNG BAWANG,PADAWAN. ( 29 Julai 2013 )
Sebanyak 20 Buah keluarga menerima sumbangan berbentuk sekampit beras, satu set keperluan harian, dan sumbangan berbentuk wang tunai, RM100 setiap keluarga. Selain itu, barang-barang keperluan untuk menyambut ketibaan aidilfitri turut disumbangkan kepada mereka.
 |
Ketibaan Skuad KAR2013 di lokasi |
 |
Briefing sebelum program |
 |
Bengkel solat |
 |
Ziarah Skuad KAR ke rumah penduduk |
 |
Sekitar majlis penyerahan sumbangan |
 |
Penyerahan sumbangan |
Seramai 30 orang urusetia yang terdiri daripada skuad Al-Rahmah,Skuad Dzul Iman Smart Khalifah dan Skuad Kembara telah menjayakan program ini sepanjang 3 hari di lokasi yang berlainan. Selain itu, turut sama menjayakan aktiviti sepanjang program berlangsung adalah pihak daripada Kuching Specialist Hospital ( Klinik Amal ), dan En.Izzat Ismawi wakil daripada Zenora, Gedung.
 |
Gambar kenang-kenangan bersama Skuad al-Rahmah sebelum berangkat ke Kuala Lumpur |
Tiada ulasan
Catat Ulasan