Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk bertemu Ramadhan pada kali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan gudang yang paling besar untuk kita mengumpul seberapa banyak pahala kerana di bulan rahmat inilah segala amalan dan kebaikkan yang dilakukan mendapat ganjaran berlipat ganda. Inilah kelebihan bulan ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Di bulan yang mulia ini juga Allah swt telah mengurniakan satu malam yang istimewa kepada hamba-hambaNya iaitu malam lailatul-qadar. Firman Allah swt dalam surah Al-Qadar, ayat 1-5 :
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul
Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul
Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah
melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk
membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar”
Jadi, Perbanyakkan ibadah sunat disamping ibadah wajib..Siapa tahu inilah Ramadhan terakhir kita?..Mungkin juga ramadhan terakhir buat
mereka yang kita kasihi. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Gunakanlah kesempatan dan peluang ini untuk mendapat keredhaan Allah swt.
Beruntunglah bagi mereka yang memanfaatkan bulan ramadhan ini sebaik-baiknya!
Tiada ulasan
Catat Ulasan