Inspirasi Ammar (Nahdah Jiwa Anak Muda)


Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



"Syahid Yang Tertangguh"
Begitulah gelaran yang diberikan oleh sahabat Allahyarham Ahmad Ammar yang telah menemui penciptanya 2 November 2013 yang lalu.

Kehidupan dan perjuangan anak muda yang berusia 20 tahun ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam sendiri. Video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan sesiapa yang menontonnya pasti sebak dan mengalirkan air mata. Pada 14 Januari lalu bersamaan 12 RabiulAwal, Allahyarham turut menerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H.

Rentetan daripada itu, Pihak ABIMSar dengan kerjasama PERKEPIS dan Islamic Information Centre telah menganjurkan program Inspirasi Ammar Nahdah Jiwa Anak Muda yang akan di adakan pada :-

Tarikh : 1 Februari 2014 /Sabtu
Masa : 8 Malam
Tempat : Islamic Information Centre

Program ini turut menampilkan tetamu istimewa iaitu ibu dan bapa kepada Allahyarham iaitu Tuan Haji Ahmad Azam Bin Abd Rahman dan Puan Nor Azlina Aziz.

Serba Sedikit Mengenai Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam

Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki telah kembali ke rahmatullah bertemu dengan penciptanya pada 2 November 2013 yang lepas  akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Semasa hayatnya, beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat. Pada usia semuda itu beliau telah pun menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya.  Selain itu, beliau  amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Beliau juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. Istimewanya, Allahyarham telah  disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki dimana tanah perkuburan tersebut  menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di situ.


TAG