KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MUFTI NEGERI SARAWAK

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"


Alhamdulillah! ABIM Sarawak telah melebarkan sayap jaringannya dengan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Sarawak pada 22 April yang lalu. Kunjungan ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak Mufti Negeri Sarawak sendiri iaitu Y.Bhg. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin.

Kunjungan kali ini bertujuan menghasilkan kerjasama yang baik diantara kedua-dua belah pihak dan mencetuskan buah fikiran yang bermutu untuk digunapakai dalam arena Dakwah Islamiah di negeri Sarawak. Komunakasi dua hala yang diamalkan membolehkan ABIM Sarawak bergerak seiring dengan visi dan misi yang ingin dicapai pada masa hadapan.


Perbincangan dan penerangan daripada kedua-dua belah pihak dalam fungsi masing-masing telah menjadi garis panduan dalam meneruskan gerakan dakwah di negeri Sarawak. Elemen-elemen muzakarah dan syura dalam jamaah menjadi nadi penggerak untuk mengangkat ABIM Sarawak ke tahap yang lebih tinggi sebagai gerakan yang diiktiraf dan relevan untuk trend dakwah serta mampu mencetuskan revolusi dalam pelbagai lapangan termasuk intelektual, pemantapan aqidah, kepimpinan harakiy dan lain-lain.

Semoga kerjasama yang lebih utuh dan mantap akan terjalin diantara pihak ABIM Sarawak dan pihak Mufti Negeri Sarawak pada masa yang akan datang.

|Jazakallahukhayr| 


TAG