MAJLIS LIQA' RAUDHAH SIRI 4 (APRIL 2014)
ALHAMDULILLAH! Budaya majlis ilmu terus diperkasa selaras dengan konsep pembangunan intelektualiti,gerakan dan modal insan yang diamalkan oleh Angkatan Belia Islam Sarawak (ABIM Sarawak).
Majlis Liqa' Raudhah Siri 4 sesi April 2014 telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama di antara pihak ABIM Sarawak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak di Masjid Darul Abidin, Jalan Astana Kuching. Ianya diadakan secara bulanan bermula Januari 2014 dan dimulakan dengan solat Asar berjamaah.
Majlis ini mensasarkan golongan remaja dan belia di sekitar bahagian Kuching dan Samarahan untuk bersama-sama hadir bagi memanfaatkan masa berhujung minggu dalam majlis ilmu. Majlis Liqa' Raudhah yang diadakan ini berkonsepkan usrah umum yang merupakan cabang yang penting dalam gerakan dakwah khususnya di negeri Sarawak.
Di antara pengisian Majlis Liqa' Raudhah:
Bacaan Al-Mathurat
Tafsir Al- Quran
Kupasan Hadith Terpilih
Perkongsian Ilmu Semasa
Perkongsian Umum
Hal-Hal Lain
Dalam perspektif yang lain, Majlis Liqa' Raudhah juga merupakan salah satu cara yang sesuai bagi pihak ABIM Sarawak dan JAKIM Caw. Sarawak untuk mendekati penduduk Islam disekitar Bandar Kuching/Samarahan. Ianya berorientasikan perkongsian ilmu agama secara khusus dan diterima baik oleh masyarakat sekitarnya.
Tiada ulasan
Catat Ulasan