Majlis Liqa' Raudhah Anjuran ABIM Negeri Sarawak dan JAKIM Sarawak akan diteruskan bagi siri yang ke-5 pada 24 Mei 2014 (Sabtu) di Masjid Darul Abidin, Jalan Astana, Kuching.
Program bermula dengan Solat Asar berjemaah, diikuti bacaan Al-Mathurat, Al-Quran serta terjemahan, Hadis Terpilih dan perbincangan isu semasa. Majlis ini merupakan majlis santai bagi menari para belia sekitar Kuching, Samarahan menghayati budaya ilmu seperti terkandung di dalam 5 Budaya ABIM.
Majlis ini akan dikendalikan oleh Yang Di Pertua ABIM Ustaz Suharman Edward, Timbalan Yang Di Pertua ABIM Ustaz Amir Ridhwan Abdullah, Ketua Biro Dakwah Dan Tarbiyyah ABIM Ustaz Suhardi Edward dan juga beberapa pimpinan ABIM yang lain.
Muslimin, muslimat, pemuda pemudi dialu-alukan hadir ke majlis ini yang diadakan pada setiap hari Sabtu minggu ke 3 setiap bulan. Majlis akan diakhiri dengan jamuan minum petang.
Tiada ulasan
Catat Ulasan