8 Mei 2014 (Khamis), Abim Sarawak menerima kunjungan daripada Dato' Dr. Abdul Razak Kechik di Sekretariat Abim Negeri Sarawak. Kunjungan ini bersempena kedatangan beliau menguruskan projek tanah wakaf untuk pembangunan Pusat Dakwah Saudara Kita. Dalam perjumpaan malam ini, beliau banyak berkongsi mengenai pengalaman beliau sepanjang berada di dalam ABIM, menggerakkan Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan, Rumah Puteri Harapan (RPH) dan lain-lain sejak dari tahun 80-an lagi.
Diharap dengan perkongsian tersebut akan mengeratkan lagi silaturrahim di samping memberi galakan dan menaikkan semangat sahabat seperjuangan di negeri ini agar terus bergerak menyediakan prasarana, pengisian untuk menyelamatkan aqidah, mendidik dan membimbing saudara-saudara kita yang baru memeluk Islam agar terus istiqomah dan bersungguh-sungguh mengamalkan Islam di dalam kehidupan seharian.
Tiada ulasan
Catat Ulasan