SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH DAN PEMBERDAYAAN UMMAH

Ucaptama dan Perasmian

Sabtu- 7 Jun 2014 telah berlangsung Seminar Pemantapan Aqidah Dan Pemberdayaan Ummah bersempena dengan Sambutan Ijtimak Harakiy Pertama WADAH-ABIM-PERKEPIS Sarawak dan Muktamar ABIM Negeri Sarawak kali yang ke-35.



Seminar yang dianjurkan bersama oleh WADAH-ABIM dan Perkepis Sarawak diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya Jabatan Agama Islam Sarawak, JAKIM Caw. Sarawak, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dan juga beberapa jabatan dan syarikat swasta.



Seminar dimulakan dengan ucaptama dan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Ucaptama beliau yang bertajuk DAKWAH TRANSFORMATIF: MELAKSANAKAN VISI TANWIRIY-TAHRIRIY-TAGHYIRI yang menekankan kepentingan dakwah yang merupakan amalan mulia warisan para mursalin, amal perjuangan yang bermisi besar melakukan transformasi perubahan (taghyir), pencerahan (tanwir) dan pembebasan (tahrir).



 

Di akhir ucapan beliau, beliau menegaskan bahawa tanggungjawab dakwah pada hakikatnya adalah tanggungjawab seluruh warga ummah. Beliau menyeru agar gerakan dakwah harus mampu memperkasa umat untuk tetap tegar sebagai umat yang riligius, berjati diri Islami, bermartabat dan bermaruah. Dengan kata lain, gerakan dakwah harus diorientasikan kea rah mengembalikan izzah, harga diri dengan menjadi muslim yang komited kerana sesungguhnya hanya dengan Islam umat ini akan kembali cemerlang.






Pembentangan Kertas Kerja 1: Aqidah Ahli As-Sunnah Wa al-Jamaah
Pembentang: Ustaz Mohd. Naim Mohd. Noor- Timbalan Presiden ABIM
Moderator: Sdr. Muhd. Afiq Asyraf Soepirman- Biro Regenerasi ABIM Sarawak
Kertas Kerja 1 bertajuk Aqidah Ahli As-Sunnah Wa al-Jamaah telah dibentangkan oleh Yang Berbahagia Timbalan Presiden ABIM, Ustaz Mohd. Naim Mohd. Noor. Pembentangan tersebut mengisar tentang kedudukan Aqidah dalam Struktur Agama Islam, Konten Aqidah Islam sehinggalah kepada Aqidah Konsep Kitab-kitab Melayu. 






Di akhir pembentangan beliau menegaskan supaya umat Islam tidak perlu menyalahkan mana-mana konsep selagi mana ia berada di landasan ASWJ dan Aqidah Islaam pada hari ini memerlukan konsep yang lebih mudah difahami dan mesra alam agar mudah dikuasai oleh generasi-generasi pada hari ini.



Pembentangan Kertas Kerja 2:  Penyelewengan Aqidah
Pembentang: Ustaz Md. Ahir B. Ahmad- Pejabat Mufti Negeri Sarawak
Moderator: Ustaz Suhardi Hj Edward- Biro Dakwah Dan Tarbiyah ABIM Sarawak 

Kertas Kerja 2 yang bertajuk Penyelewengan Aqidah dibentangkan oleh Yang Berbahagia Ustaz Md. Ahir Bin Ahmad daripada Pejabat Mufti Negeri Sarawak bertajuk Penyelewengan Aqidah yang mengupas pengertian Aqidah dari sudut bahasa dan istiliah. Tajuk tersebut juga mengupas mengenai ciri-ciri sebenar golongan Ahli as-sunnah wal-Jamaah. Beliau juga menyentuh ciri-ciri penyelewengan aqidah yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini yang menyebabkan umat Islam berpecah belah dan kaedah-kaedah menanganinya.


Di akhir pembentangan beliau menjelaskan bahawa Aqidah Islam adalah pakej yang menyeluruh di mana kita tidak boleh beriman secara sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Pertelingkahan di kalangan umat Islam, pemimpin dan ulama' adalah perkara yang amat diharapkan musuh dan mereka amat takut sekiranya umat Islam bersatu padu atas satu aqidah atau pegangan dan bersatu untuk melaksanakan sistem Islam dan beliau mengharapkan ABIM dapat menjadi badan pendesak dan pembimbing dalam menyatakan umat Islam di Malaysia.


Sesi Forum:  
Pemberdayaan Ummah Dalam Konteks Negeri Sarawak
 Ahli Panel:    
                       1. Ustaz Hj. Jahidin Abdul Latip- Pengerusi WADAH Sarawak
                                 2. YB. Datuk Hj. Fadillah Yusuff- Menteri Kerja Raya Malaysia
                                 3. Tn. Hj. Zawawi Embong- Timb. Presiden DUBS Sarawak 
Moderator:             Ustaz Suharman Hj. Edward- Yang Di Pertua ABIM Sarawak

















TAG