Seperti rutin setiap tahun ABIM Negeri Sarawak akan mengadakan Majlis Ifthar Jamaiy yang menghimpunkan Jamaah WADAH-ABIM-PERKEPIS serta staf dan agensi, ahli-ahli, simpatisan, dermawan dan sebagainya.
Majlis Ifthar Jamaiy tahun ini diadakan di Taski ABIM Samariang A, berdekatan lampu isyarat Jalan Sultan Tengah pada hari Sabtu (5 Julai 2014) bermula pukul 5.00 petang dengan Tadarus, Tahlil, Ifthar, Solat Maghrib, Makan Malam, Silat Isyak dan Tarawih, diakhiri dengan tazkirah.
Mudah-mudahan dengan majlis seperti ini akan mengeratkan lagi silaturrahim.
Tiada ulasan
Catat Ulasan