Shah Alam, 15
Oktober 2017: ABIM Sarawak dan ABIM Sabah
merupakan dua pertubuhan ABIM cawangan negeri yang secara geografi terletak di
Malaysia Timur atau Malaysia Borneo. ABIM Sarawak hampir mencecah usia 40 tahun
manakala ABIM Sabah mencapai usia 35 tahun sejak penubuhan.
Malaysia Timur adalah wilayah yang unik dengan
kepelbagaian latar etnik, budaya dan agama. Justeru, dalam pertemuan sempena
Ijtimak Haraki, ABIM Sarawak dan ABIM Sabah memperbaharu tekad kerjasama dan
kesepakatan dakwah antara kedua-dua organisasi dalam membangun Sarawak dan
Sabah yang sejahtera
Tiada ulasan
Catat Ulasan