ABIM Sarawak Kunjungi Tokoh Pendukung Pemikiran Kreatif


Ampang, 15 Oktober 2017: ABIM Sarawak melalui Setiausahanya, Sdr. Fazril Saleh telah mengunjungi tokoh pendukung pemikiran kreatif di Malaysia, Dato’ Jaafar Rahim. Pertemuan bertempat di kediamannya berlokasi di Ampang Jaya dan turut dihadiri Sdr. Ahmad Fahmi Samsudin, Naib Presiden ABIM yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia (GPM), sebuah badan agensi bantuan kemanusiaan sejagat di bawah ABIM. Kunjungan ini merupakan ziarah mahabah dan silaturrahim di samping bertukar-tukar fikiran dan pandangan tentang pelbagai perkara khususnya yang menyangkut isu-isu cabaran pemikiran semasa.

Dato’ Jaafar Rahim merupakan anak kelahiran Perak yang berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka selama hampir 30 tahun. Beliau memberi tumpuan dalam bidang penulisan dan pemikiran kreatif. Beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Pemikir ASEAN oleh ASEANpreneur Council`pada tahun 2016 dan Ahli Majlis Pemikir Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung pada tahun 2015.



TAG