Kuching, 30 Oktober 2017: Sempena kempen global media sosial
#Balfour100, anak-anak Taski ABIM Kuching-Samarahan (Sarawak) turut tidak
ketinggalan bersoladiriti untuk warga Palestin. Kempen ini adalah bantahan
terhadap 100 tahun sokongan negara United Kingdom terhadap penubuhan negara
haram Israel melalui Deklarasi Balfour 1917 yang akhirnya mengakibatkan
kesengsaraan warga Palestin.
Anak-anak TASKI ABIM
telah diasuh sedari kecil untuk cemerlang dalam pelajaran, unggul sahsiah dan
akhlak, serta berjiwa ummatik dengan kepedulian yang tinggi. Mesej mereka ini
jelas memberikan sokongan kepada pengembalian hak rakyat Palestin di samping
sokongan moral kepada anak-anak sebaya mereka di Palestin. Anak-anak Sarawak
sentiasa mendoakan mereka. Semoga derita akan berakhir.
Tiada ulasan
Catat Ulasan