Kuala Lumpur, 27 Oktober 2017: Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membentangkan belanjawan
2018 di Parlimen dan diterima dengan suara majoriti ahli dewan. Dengan tema
“Memakmur Ekonomi yang Inklusif Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi
Mesejahtera Kehidupan Rakyat Menuju TN50”, sejumlah RM280.25 bilion
diperuntukkan.
ABIM,
melalui Presidennya Tuan Haji Mohamad Raimi Ab Rahim menyambut baik beberapa
inisiatif dalam pembentangan bajet seperti peruntukan untuk golongan OKU dan
kebajikan kanak-kanak, serta warga emas. ABIM juga menyokong keprihatinan bajet
kali ini terhadap institusi kekeluargaan berkaitan aspek cuti bersalin dan
sebagainya.
Dalam
konteks projek pembangunan dan pendidikan komuniti, ABIM mencadangkan juga
supaya pelarian yang terbiar di Malaysia seperti komuniti muhajirin Rohingya
tidak dikesampingkan. Merujuk kepada penekanan Bajet 2018 terhadap cabaran
generasi muda dalam mendepani Revolusi Industri ke-4, selain memperkukuh aspek
pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) dan menggalakkan usahawan dan
inovator sosial, ABIM juga menyarankan integrasi sistem penyampaian membabitkan
Smart Manufacturing, Futurise Centre iaitu pusat sehenti
membangunkan prototaip produk, dan regulatory
sandbox, dengan harapan proses pengkomersilan inovasi berlaku dengan
efisen.
Walau
bagaimanapun, dengan pelbagai usaha dan inisiatif baik ini, ABIM berpandangan
bahawa isu-isu asas yang menghantui rakyat masih belum ditangani dengan tuntas
dalam perangkaan belanjawan kali ini. Isu-isu asas seperti kenaikan kos sara
hidup, harga rumah yang tinggi, ketinggian hutang isi rumah, beban hutang
negara dan kesenjangan pendapatan dalam kalangan rakyat masih merupakan punca
kepada banyak permasalahan sosial lain.
ABIM juga
berpendapat permasalah ini berlaku disebabkan urustadbir yang tidak efisen di
samping keborosan dan ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran negara. Ini
tidak sewajarnya berlaku. Jika kerajaan cekap dan amanah dalam melaksanakan
urustadbir negara, maka rakyat tidak perlu membayar cukai barang dan
perkhidmatan (GST) untuk menampung natijah ketidakcekapan ini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan