ABIM Sarawak Ziarah Timbalan Pengarah JAIS


Kuching, 13 November 2017: Yang Dipertua dan pimpinan ABIM Negeri Sarawak berkesempatan mengadakan kunjungan ziarah ke kediaman Al-Fadhil Ustaz Haji Khalidi Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), bertempat di Taman Hussein.

Kunjungan ziarah ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di samping bertukar-tukar pandangan dan pendapat berkaitan hal ehwal dakwah dan isu semasa yang melatari umat khususnya di Sarawak.

Antara kesepakatan awal yang dicapai dengan beliau adalah sokongan beliau terhadap usaha ABIM Sarawak kembali mengkaji tokoh ulama Sarawak di samping inisiatif penerbitan semula manaqib Shaykh Uthman Abdul Wahab al-Sarawaqi berjudul “Nafahat al-Ridwan” yang akan selesai menjelang awal tahun hadapan.

Ustaz Haji Khalidi merupakan antara tokoh agamawan kontemporari di Negeri Sarawak yang menjadi rujukan umat kerana keterampilannya, ketinggian ilmu dan pengalamannya dalam dunia keilmuan dan pergerakan dakwah.




TAG