Kuching, 11 November 2017: ABIM Negeri Sarawak telah dikunjungi oleh
delegasi daripada Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang dalam rangka lawatan dan
sesi taklimat bagi kerjasama pintar program akademik Diploma Perguruan
Pra-Sekolah.
Sesi taklimat
diadakan di Dewan Al-Fadhil Ustaz Awang Pon Awang Sebon, Ibu Pejabat TASKI
ABIM, Tmn Sri Wangi. Dijangkakan kesemua guru dan pengurusan TASKI ABIM
Kuching/Samarahan akan mengikuti kursus dan program akademik ini bermula awal
tahun hadapan.
ABIM Sarawak
menerusi Naib YDP Sdr. Azizan bin Ajiji dan Setiausaha Sdr. Mohammad Fazril
Mohd Saleh menyambut dan meraikan kehadiran rombongan Dar al-Hikmah yang
terdiri daripada Ketua Eksekutifnya, Haji Khailani Abdul Jalil dan Pengarah
Akademik, Puan Norazizah A. Aziz. Kursus dan program akademik ini diadakan bagi
meningkatkan mutu dan kualiti para pendidik TASKI ABIM Sarawak.
TASKI ABIM
Kuching/Samarahan kini mempunyai 16 cawangan dengan jumlah keseluruhan pelajar
seramai lebih seribu orang.
Tiada ulasan
Catat Ulasan