IAIS-ABIM Sarawak Rencana Kerjasama Bidang Keilmuan



Kuching, 23 November 2017: Setiausaha ABIM Negeri Sarawak, Sdr. Mohammad Fazril Mohd Saleh telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif International Institute of Advance Islamic Studies (IAIS), Dr. Mohamaed Azam Mohamed Adil. 

Beliau berada di Kuching untuk acara sempena World Islamic Economic Forum (WIFE). Pertemuan singkat yang berlangsung di Kafe Rumah Hijau ini mencapai kesepakatan khususnya bagi rencana menganjurkan seminar menyingkap sejarah Islam di Sarawak. Turut bersama dalam pertemuan ini adalah Ustaz Wan Ariffin Wan Yon, pensyarah kanan UiTM Sarawak.
TAG