Kuching, 29
November 2017: ABIM Negeri Sarawak bersama
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan TASKI ABIM Sarawak telah
dengan jayanya menganjurkan Kem Citra Soleh Solehah (KCSS) Siri ke-4, bertempat
di Ibu Pejabat TASKI ABIM, Tmn. Sri Wangi. Kem cuti sekolah yang mensasarkan
penyertaan pelajar-pelajar sekolah rendah ini berlangsung selama dua hari iaitu
bermula pada 28 November dan berakhir pada 29 November 2017.
Seramai 50 orang menyertai kem cuti sekolah ini,
dengan dikendalikan oleh para fasilitator dan panitia daripada para pelajar
sekolah menengah dan mahasiswa IPT, yang diketuai Pengarah Program Cik Siti
Fatimah Julai dan Ketua Fasilitator Sdr Zhariff Azhari, yang masing-masing
merupakan Bendahari Kehormat dan Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Pelajar
Islam Sarawak (PERKEPIS)
Dengan bertunjangkan empat kebitaraan: ‘Jati Diri’,
‘Asas Agama’, ‘Potensi’ dan ‘Adab’ (JAPA), KCSS dikendalikan dengan pelbagai
aktiviti menarik dan menyeronokkan dengan matlamat menyemai benih-benih
keunggulan dan kebitaraan dalam kalangan peserta. Majlis Perasmian Pembukaan
dirasmikan oleh Yang Dipertua ABIM Sarawak, Sdr. Wan Azizan Wan Zainal Abidin,
manakala Setiausaha ABIM Negeri Sdr. Mohammad Fazril Saleh menyempurnakan
upacara penutupan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan