Kuching, 27
November 2017: Ibu Pejabat Taman Asuhan
Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus
Pemantapan Silibus dan Pedagogi, bertempat di Dewan al-Fadhil Ustaz Haji Awang
Pon Awang Sebon, Ibu Pejabat TASKI ABIM, Taman Sri Wangi, Kuching Sarawak.
Kursus tiga hari ini bertujuan memantapkan kemahiran
para guru pendidik TASKI ABIM Sarawak khususnya dalam mengoperasikan silibus
TASKI yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tenaga pembimbing kursus terdiri daripada pakar pendidikan
yang didatangkan khas daripada Yayasan Takmir Pendidikan, sebuah agensi
pendidikan ABIM, terdiri daripada En. Mohamad bin Abu Daud, Ustaz Mat Azid,
Puan Wan Ruhayah Wan Yaacob, dan Puan Rohana Kamaruddin. Kursus yang disertai
seramai 64 orang guru dan tenaga pendidikan TASKI ABIM Sarawak ini adalah
sebahagian daripada perencanaan TASKI ABIM Sarawak dalam meningkatkan kualiti
pendidikannya.
TASKI ABIM di Kucing dan Samarahan sahaja terdiri
daripada 16 cawangan dengan enrolmen setiap tahun sekitar 1,000 orang pelajar
pra-sekolah terdiri daripada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.
Tiada ulasan
Catat Ulasan