Konflik
kemanusiaan di Palestin masih belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir.
Penindasan dan kezaliman terus membelenggu warga Palestin, dan para pimpinan
negara-negara besar dunia hanya bungkam kerana ketundukan mereka kepada
kelompok pelobi Yahudi yang berperanan memenangkan cita-cita politik mereka.
Tahun
ini (2017) mencatatkan satu lagi peristiwa yang bersejarah yang terus diingati
sebagai babak-babak kelam Palestin, iaitu Deklarasi Balfour, yang genap 100
tahun meninggalkan legasi penindasan dan penjajahan terhadap warga Palestin kerana
memberi laluan kepada tertubuhnya negara haram Israel.
Deklarasi Balfour 1917:
SATU SURAT daripada Menteri Luar
United Kingdom, Arthur James Balfour mewakili Kerajaan United Kingdom
RINGKAS terdiri daripada 67
patah perkataan sahaja
KEPADA Lord Lionel Walter
Rothscild, seorang saintis dan ahli botani, merupakan ketua komuniti Yahudi di
Britain
SURAT BERTARIKH 02 November 1917 (100
Tahun pada 2017)
NIAT/ MOTIF Sokongan Kerajaan
United Kingdom terhadap aspirasi Gerakan Zionis & janji UK membantu penubuhan
Tanah Air Kebangsaan Yahudi di atas Tanah Palestin.
100 TAHUN Sambutan diadakan di
Israel, UK dan tempat-tempat lain bagi meraikan dan memperingati deklarasi ini
oleh pendukung Zionis Yahudi dan Zionis Kristian.
RESPON Desakan Kerajaan UK
memohon maaf atas peranan diabolik Deklarasi Balfour & kempen kesedaran.
Tiada ulasan
Catat Ulasan