Kuala Lumpur, 23 Nov 2017: Keputusan UPSR 2017
telah diumumkan. Bilangan calon yang mendapat semua A dalam UPSR 2017 meningkat
kepada 8,958 orang (iaitu 2.1%) berbanding 4,896 orang pada tahun 2016, naik
kira-kira sekali ganda berbanding tahun lalu.
Peratusan calon yang mencapai tahap penguasaan
minimum tahun ini meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 293,514 (68.1 peratus)
calon berbanding 293,184 (66.5 peratus) calon pada 2016.
UPSR telah
dijalankan pada 11 hingga 18 September, 2017 di 8,085 pusat peperiksaan dengan
jumlah 443,794 orang calon.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Amin Senin, pelaporan
Pentaksiran Sekolah Rendah kali ini dibuat bukan berdasarkan keputusan UPSR
semata-mata, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentaksiran bilik darjah, pentaksiran aktiviti
jasmani, sukan & kokurikulum serta pentaksiran psikometrik.
Tiada ulasan
Catat Ulasan