Usrah HELWA ABIM: Persiapan Keilmuan Golongan Wanita


Kuching, 22 November 2017: HELWA ABIM Sarawak telah mengadakan usrah ziarah bersama Ustazah Faizah binti Abdullah, bertempat di kediaman beliau di Taman Hussein, Kuching. Ustazah Faizah yang berasal dari Negeri Kedah ini merupakan graduan Universiti al-Azhar al-Sharif, Kaherah Mesir. Beliau telah lama bermastautin di Negeri Sarawak bersama suaminya yang tercinta, yang merupakan anak jati Sarawak.

Usrah ini dihadiri oleh para penggiat dan aktivis ABIM yang terdiri daripada guru, usahawanita, mahasiswi dan suri rumah. Usrah HELWA pada sesi ini membincangkan topik konsep sedekah, di samping mengukuhkan ilmu fiqh wanita dan bertukar-tukar pandangan dalam mengukuhkan fikrah wanita dalam gerakan amal Islam.

Kegiatan seperti usrah adalah penting bagi HELWA ABIM sebagai persiapan keilmuan golongan wanita. Selain usrah, HELWA juga mengerakkan program-program kebajikan seperti Dapur HELWA dan program kekeluargaan seperti KAMAR.






TAG