ABIM dan Agenda Kependidikan



Pendidikan adalah antara tema besar dalam pemikiran gerakan Islam kontemporari. Sesuai dengan cita-cita islah dan komitmen sebagai agen perubahan, gerakan Islam memang selamanya memberikan perhatian istimewa kepada bidang pendidikan. Justeru, ia adalah bidang yang secara langsung membentuk watak dan pemikiran umat.

Kata ‘tarbiyyah’ yang dipakai secara meluas di lingkungan warga gerakan Islam memberikan petunjuk tentang kesedaran terhadap pembinaan kualiti umat menerusi proses pendidikan Islam yang murni.

Kata ‘tarbiyyah’ dalam konteks gerakan Islam juga mengisyaratkan program pembinaan kader yang sistematik dan intensif, termasuk proses ‘reeducating’ dan ‘retooling’ di kalangan aktivis-aktivisnya. Sejarah ABIM sendiri mencatatkan pendidikan sebagai isu utama dan pertama yang dibangkitkan dan dimasyarakatkan.

Pendidikan adalah agenda utama gerakan dan sekaligus our deepest conviction. Perjuangan kita selama lebih 20 tahun dalam bidang ini telah berjaya sistem pendidikan alternatif yang meliputi seluruh peringkat dari TASKI hingga IPT.

(cuplikan daripada “Gerakan Islam dan Pendidikan Alternatif:
Wawasan dan Pengalaman ABIM” dlm. Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan: Himpunan Pidato Kependidikan (2014) oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil)




TAG