ABIM dan Agenda Ummatik


Sebagai gerakan ummatik, ABIM akan terus mendukung visi ummatik dan memainkan peranannya membela kelompok tertindas terutama sekali golongan Rohingya, warga Syria, serta Palestin.

Pembabitan ABIM dalam program Caeser Files yang mendedahkan kekejaman rejim Basyar al-Asaad di samping kempen penerangan advokasi “Rohingya: Bantu atau Bantai”, juga perkembangan semasa yang mengkhuatirkan di Palestin, menyedarkan kita peri pentingnya penerangan serta advokasi terus digerakkan.

ABIM serta Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) dan Global Peace Mission (GPM); akan terus memperkukuh rangkaian gerakan kemanusiaan di peringkat antarabangsa sebagai the third force yang meliputi gerak kerja kemanusiaan, advokasi serta diplomasi, dan Countering Violent Extremism (CVE) dengan pelbagai jaringan gerakan civil society (CSO) di peringkat antarabangsa.




Cuplikan Ucapan Dasar Presiden ABIM
“Memperteguh Tekad Perjuangan, Melakar Harapan Masa Depan” (2017)
dlm. Muktamar Sanawi ke-46 oleh Tuan haji Mohamad Raimi bin Ab Rahim




TAG