ABIM dan Gerakan Bakti


Di antara ciri-ciri asas bagi gerakan Islam (min khasais al-Asasiyah lil Harakah al-Islamiyah) seperti ABIM ialah sifatnya sebagai sebuah gerakan kemasyarakatan.

Gerakan Islam tidak boleh sama sekali mengasingkan diri masyarakat, apatah lagi tercabut dari akar umat lalu menjadi gerakan yang bersifat elitis serta eksklusif. Justeru, adalah amat penting untuk para penggerak ABIM terus menyelami sehingga ke dasar dhamir dan suara hati umat.

ABIM akan terus membela golongan dhu‘afa, menyantuni kelompok al-fuqara’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Kemiskinan dan kemelaratan tidak mengenal warna kulit atau faham agama dan ideologi.

Inisiatif menghindarkan pelajar sekolah dari jebak masalah sosial telah dirintis menerusi program Dirimu Amat Berharga (DERMAGA), Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), Skuad Prihatin, Khidmat Nasihat Guaman ABIM, serta Biro Kesihatan ABIM (BKA) akan terus dikembangkan ke seluruh pelusuk negara.

ABIM akan bangkit sebagai sebuah gerakan amal bakti kemasyarakatan yang sinonim membantu memenuhi keperluan fizikal, emosi, ruhaniah, dan sosio-ekonomi umat.



Cuplikan Ucapan Dasar Presiden ABIM
“Mengemudi Gelombang Nahdah, Memartabat Khayra Ummah” (2016)
dlm. Muktamar Sanawi ke-45 oleh Tuan haji Mohamad Raimi bin Ab Rahim




TAG