ABIM dan Misi Rahmatan lil 'Alamin


Dan tidaklah Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada alam seisinya.” (Al-Anbiya: 107). Ayat al-Anbiya’ tersebut adalah pernyataan tegas bahawa teras syariat Islam adalah rahmah – kasih sayang Tuhan yang inklusif, merumuskan segala objektif syariat (maqasid al-sharia’ah) termasuk hak asasi manusia, kebebasan, keadilan, persamaan dan apa sahaja yang membawa maslahah (kepentingan) kemanusiaan.

Bahagia atau celakanya hidup manusia, tergantung sepenuhnya pada rahmat Allah. Menyedari hakikat itu manusia Muslim sentiasa mendambakan siraman rahmat Allah pada setiap detik masa. Al-Rasul s.a.w. memberikan petunjuk bahawa cara meraih rahmat ialah menebar belas kasih kepada warga alam: “Kasihanilah mereka yang di bumi, nescaya kamu akan dikasihani oleh yang di langit.” Ada yang berkata, “Sesungguhnya kami mengasihani isteri dan anak cucu kami.” Sabda Rasulullah s.a.w. “Bukan itu maksudku. Yang aku maksudkan adalah kasih yang menyeluruh

Dengan keyakinan dan komitmen sedemikian itulah kita tampil di kancah dakwah pada era yang serba global dan plural. Dalam kaitan inilah pula relevennya wacana tentang cabaran aktualisasi rahmat sejagat, penterjemahan mesej rahmatan lil ‘alamin, di tengah realiti kemajmukan.


Cuplikan Amanat Pimpinan WADAH
“Islam Rahmatan lil ‘Alamin dalam Konteks Masyarakat Pluralistik” (2014)
dlm. Muktamar Nasional ke-8 oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil




TAG