Dalam
berhadapan dengan latar sosial yang diwarisi dari penjajah ini, ABIM memulakan
langkah dalam rangka memperjuangkan cita-cita Islamiyahnya menerusi proses yang
dikenali sebagai ‘agenda pembudayaan Islam’.
Agenda
pembudayaan Islam tertumpu kepada usaha pemurnian pandangan hidup, perubahan
sikap, keyakinan dan jati diri, dan pembinaan akhlak umat Islam serta
penciptaan dan pengukuhan model-model Islam dalam pelbagai bidang dan sistem
kehidupan yang praktik meliputi seluruh dimensi ketamadunan. Sistem budaya ini
diterjemahkan dalam bentuk pakaian menutup aurat dan juga ucapan salam sesama orang
Islam.
ABIM
menyedari bahawa tanpa agenda pembudayaan ini, Islam tidak akan mampu
difungsikan secara realistik dalam latar sosial yang kompleks. Sebagai sebuah
gerakan massa, agenda ini perlu digerakkan ke segenap lapisan struktur di
peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Manakala wahana
pembudayaan Islam bersifat pelbagai meliputi pendidikan, latihan, khidmat
sosial dan penerbitan.
Cuplikan
“Masyarakat Madani dan Politik:
ABIM
dan Proses Demokrasi” (2016) oleh Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin
Tiada ulasan
Catat Ulasan