Pendekatan Manhaj Maliziy (pendekatan keMalaysiaan) ini bertitik tolak dari premis bahawa Alam Melayu mempunyai cabaran-cabarannya yang tersendiri dan sudah pasti memerlukan kaedah dan model dakwah yang tersendiri untuk menanganinya.
Sementara dari segi kefahaman keagamaan,
manhaj ini dijelmakan melalui prinsip wasatiyyatul
Islam iaitu kesederhanaan Islam. Salah satu unsur wasatiyyah yang dijalankan ialah dengan menggabungkan orientasi
salaf iaitu tradisi amalan Islam generasi awal Islam dan tajdid iaitu prinsip
pembaharuan nilai-nilai keagamaan.
Dengan kata lain, ABIM berusaha
mengekalkan warisan lama disamping bersifat realistik dengan hal-hal semasa dan
faktor persekitaran. Penjelmaan dari prinsip ini ialah pembukaan seluas-luasnya
ruang dakwah kepada umat Islam dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira
latar belakang.
Tidak ada keseragaman atau regimentation yang ketat ditekankan
kepada ahli, sebaliknya kelonggaran diberikan kepada ahli-ahli selagi
prinsip-prinsip utama dalam agama dipelihara. Juga tiada pendekatan ekstrem dan
emosional dibudayakan seperti memuja pemimipin, cepat menghukum dan taksub
kepada kumpulan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan