Dalam
perkembangan yang sama, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil telah memperkenalkan istilah Fiqh al-Tahdhir atau Fiqh Pentamadunan.
Bagi beliau ‘Fiqh Pentamadunan’ adalah suatu disiplin ilmu penting yang wajar
dibangunkan oleh umat Islam dalam mendepani cabaran ketamadunan semasa: “Dengan matlamat membina tamadun berketuhanan
bagi menggantikan “a civilization without god” – tamadun semasa yang dominan, umat perlu kembali memahami epistemologi
dan menggali khazanah keilmuan dalam tradisi ketamadunan Islam yang pernah
membuktikan kejayaannya suatu ketika dulu.”
Fiqh al-Tahdhir ini merupakan suatu projek besar
ketamadunan (al-masyru’ al-hadhari) untuk usaha merekonstruksi tamadun
semasa. Rekonstruksi ini mengakar pada unsur spiritual dan kerohanian yang
dipandu oleh wahyu Ilahi, menjadi suatu alternatif yang sangat signifikan dan
relevan kepada masyarakat dunia hari ini yang kegersangan dimensi spiritual
ini.
Justeru, tugas para
pengkaji adalah untuk menyikapi asas-asas ketamadunan yang religius, insani,
dan rabbani dalam konteks waqi’ kepelbagaian (pluraliti) dengan
memanfaatkan dialog ketamadunan (civilizational dialogue) yang berlaku
dalam sejarah negara ini.
Cuplikan “Membangun
Generasi Bitara: Terampil dan Berkemajuan, Menuntaskan Misi Pencerahan” (2015)
oleh Fazril Mohd Saleh
Tiada ulasan
Catat Ulasan