Di antara perasaan-perasaan mulia yang
dikurniakan Allah di dalam hati kedua-dua ibu bapa adalah perasaan kasih sayang
terhadap anak-anak. Perasaan ini merupakan kemuliaan baginya di dalam mendidik,
mempersiapkan dan membina anak-anak.
Orang-orang yang hatinya kosong daripada kasih
sayang akan bersifat keras dan kasar. Tidak diragukan lagi bahawa dengan sifat
buruk ini akan terdapat kelainan interaksi terhadap anak-anak, dan akan membawa
anak-anak ke dalam penyimpangan, kebodohan dan kesusahan.
Oleh sebab itu, syariat Islam telah menanamkan
tabiat kasih sayang di dalam hati dan menganjurkan kepada para ibu bapa, para
pendidik dan orang-orang yang bertanggungjawab untuk memiliki sifat itu. Rasululullah
s.a.w. sangat menitikberatkan permasalahan kasih sayang ini: “Barangsiapa yang tidak mengasihi, tidak akan
dikasihi” (HR Bukhari).
*tarbiyatul aulad =
pendidikan anak-anak
Cuplikan
Fasal II ‘Perasaan Psikologi Terhadap Anak-anak’
dlm.
“Pedoman Pendidikan Anak-anak dalam Islam” (1996)
oleh
Dr. Abdullah Nashih Ulwan
Tiada ulasan
Catat Ulasan