ABIM Rayu Bantuan Kemanusiaan Rohingya, Syria dan Gaza



Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Malysia Life Line for Syria (MLLFS), dua agensi kemanusiaan sejagat di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) konsisten menggerakkan bantuan kemanusiaan-kecemasan baik di dalam mahupun di luar negara.

Pada September yang lalu, Naib Presiden ABIM, Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif GPM telah pergi sendiri melawat ke kawasan petempatan sementara para ‘muhajirin’ Rohingya di sempadan untuk melakukan tinjauan di samping menyampaikan bantuan. GPM mensasarkan RM500,000.00 untuk kutipan dana bantuan fasa ketiga bagi bantuan keperluan asas dan pembinaan khemah perlindungan.

Manakala bagi bantuan Musim Sejuk Syria tahun ini, Setiausaha Kewangan Kehormat yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS, Sdr. Shahrir Azfar Salleh bakal mengepalai misi penyerahan bantuan yang dijadualkan berlangsung Disember ini. Beliau bersama pasukannya telah secara konsisten menjayakan misi bantuan ke Syria sejak beberapa tahun yang lalu.

Sokongan rakyat Malaysia khususnya warga Sarawak adalah diperlukan. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan ini:

https://www.billplz.com/GPM-winter4gaza | https://www.billplz.com/GPM-Rohingya | http://www.billplz.com/syriakesejukan

Hubungi GPM di talian +603-61883230 / Emel: gpmhq@yahoo.com. Hubungi MLLFS di talian +603-41416732 / Emel: donation.mllfs@gmail.com.
*Sidang Redaksi







TAG